Setiap orang pasti berhajat untuk memilliki sebuah rumah atas nama sendiri. Tetapi, untuk memiliki rumah terbaik dan sesuai dengan kemampuan pastikan anda lakukan beberapa tips berikut.
1. Tetapkan Perbelanjaan
Tentukan jumlah perbelanjaan maksimum yang anda mampu sebagai pembayaran muka (deposit) dan ansuran bulanan. Pastikan anda juga mempertimbangkan kos-kos lain seperti bayaran guaman, kos penilai, dan lain-lain jika perlu.
2. Cari Maklumat Harga Pasaran
Lakukan carian tentang harga pasaran di kawasan sekitar perumahan. Kaji berapakah harga pasaran semasa untuk jenis rumah yang sama. Carian boleh dilakukan di portal-portal pengiklanan hartanah seperti mudah.my, iproperty dan facebook marketplace. Anda juga perlu pertimbangkan fasiliti serta kemudahan awam berdekatan untuk peningkatan harga pasaran pada masa akan datang.
3. Utamakan Tujuan Pembelian Rumah
Tentukan tujuan sebenar anda membeli rumah. Pembelian anda adalah untuk duduk atau pelaburan. Jika beli untuk tinggal di situ anda boleh mengambil kira kondisi rumah, kejiranan serta emosi. Tujuannya lebih kepada memenuhi kepuasan emosi anda dan keluarga. Berbeza jika pembelian untuk pelaburan. Anda perlu mengambil kira untung rugi yang anda akan hadapi. Permintaan harga sewa serta kemudahan awam sebagai tarikan. Tujuan untuk mencapai target keuntungan pelaburan.
4. Gunakan Khidmat Ejen Rumah
Untuk jalan selamat gunakan khidmat ejen rumah untuk menguruskan pembelian rumah anda. Pastikan ejen yang anda hubungi adalah yang berdaftar. Ejen rumah lebih tahu dan berpengalaman dalam menguruskan proses jual beli rumah. Jadi anda boleh mengelakkan kesilapan dan penipuan yang boleh berlaku.
5. Periksa Kondisi Rumah Ketika Sesi Lawatan
Lakukan pemeriksaan yang terperinci ketika sesi lawatan rumah. Teliti struktur rumah, pendawaian elektrik serta pempaipan. Tanya sebanyak mungkin soalan berkenaan keadaan rumah kepada pemilik atau ejen. Biasanya, rumah subsale (beli daripada pemilik) akan ada kerosakan. Kenal pasti adakah kerosakan akan dibiaya oleh pemilik atau pembeli. Jika anda yang keluar kos pembaikan pastikan anda sudah bersedia dengan perbelanjaan diperlukan.
6. Periksa Dokumen Rumah
Pastikan nama pemilik adalah nama yang tertera dalam geran hartanah. Periksa jika terdapat tunggakan bil utiliti, cukai tanah, cukai pintu dan pembentungan. Pastikan pemilik sudah menyelesaikan tunggakan sebelum setuju untuk tanda tangan Perjanjian Jual Beli Rumah. Jika tidak diselesaikan segera proses pindah milik akan tergendala dan mengambil masa yang lama.
7. Jangan Buat Keputusan Terburu-buru
Jangan mengambil keputusan terburu-buru. Buat perbincangan bersama pasangan dan keluarga minta pendapat mereka. Ambil sedikit masa untuk anda lakukan pertimbangan yang sebaiknya. Jika hati anda tenang teruskan dengan pembelian dan berdoa semoga proses pindah milik berjalan dengan lancar.
Semoga perkongsian ini dapat membantu bakal pembeli rumah di luar sana. Jikan anda memerlukan khidmat Ejen Rumah berdaftar boleh hubungi saya: Sofwan Ali (60174422820)
Made with
Landing Page Software